Sabtu, 08 Januari 2011

Plastik

Plastik

Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Nama ini berasal daripada fakta bahawa banyak daripada mereka dapat dilentur, memiliki sifat keplastikan. Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri.
Plastik dapat juga menuju ke setiap barang yang memiliki ciri-ciri yang deformasi atau gagal kerana ketegangan(lihat keplastikan (fizik) dan mulur).
Plastik dapat dikategorikan dengan banyak cara tapi paling umum dengan melihat tulang-belakang polimernya (vinilklorida}, polietilena, akrilik, silikon, uretana, dll.). Pengkelasan lainnya juga umum.
Plastik adalah polimer; rantai-panjang atom mengikat satu sama lain. Rantai ini membentuk banyak unit molekul berulang, atau "monomer". Plastik yang umum terdiri dari polimer karbon saja atau dengan oksigen, nitrogen, klorin atau belerang di tulang belakang. (beberapa minat komersial juga berdasar silikon). Tulang-belakang adalah bahagian daripada rantai di jalur utama yang menghubungkan unit monomer menjadi satu. Untuk mengetahui ciri-ciri plastik kumpulan molekul berlainan bergantung daripada tulang belakang (biasanya "digantung" sebagai baghaian dari monomer sebelum menyambungkan monomer bersama untuk membentuk rantai polimer). Penghasilan oleh kumpulan rantaian ini telah membuat plastik menjadi bahagian tak dapat dipisahkan dalam kehidupan abad ke-21 dengan memperbaiki ciri daripada polimer tersebut.
Pengembangan plastik berasal daripada penggunaan bahan semula jadi (seperti: karat, "shellac") hingga ke bahan yang diubahsuai secara kimia (seperti: karat semula jadi, "nitrocellulose") dan akhirnya ke molekul buatan-manusia (seperti: epoksi, polivinil klorida - PVC, polietilena).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar